Thursday, February 19, 2015

Ucapan Rasmi Presiden

Ucapan Rasmi ( 20 Feb 2015 )

Presiden Persatuan Penduduk Apartment Pasir Putih F3B, Putatan Sabah

Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia...............................................................

Kepada semua penghuni Apartment Pasir Putih Fasa 3B, Putatan Sabah. Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan daripada semua Jawatankuasa serta Penghuni apartment ini kerana menyokong bagi menjayakan penubuhan persatuan ini. Tanpa sokongan padu daripada anda semua serta pihak yang terlibat, maka persatuan ini tidak dapat ditubuhkan dengan jayanya.

Untuk makluman pihak tuan/puan, tujuan utama persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan hubungan kejiranan yang lebih baik serta mengatasi masalah yang dihadapi oleh penghuni dengan menggunakan kaedah mengikut prosedur serta operasi yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Dengan pewujudan persatuan ini, segala masalah akan cuba diselesaikan dengan lebih baik dan berkesan.

Syukur bahawa persatuan ini telah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 19 November 2014 dan no pendaftaran ialah (PPM-009-12-19112014). Maka perjalanan aktiviti persatuan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelbagai perancangan telah diatur agar persatuan ini dapat bergerak secara terus menerus supaya keberkesanan pengwujudan persatuan ini nampak dimata penghuni apartment.

Apa yang saya harapkan adalah semua wakil unit rumah dalam apartment pasir putih F3B, putatan sabah dapat menjadi ahli di dalam persatuan ini. Supaya segala perancangan aktiviti dapat dilaksanakan secara bersama. Pencapaian keahlian yang saya ingin capaikan adalah 90% meliputi semua jumlah unit rumah di dalam apartment ini. 

Sekian Terima Kasih..........

No comments:

Post a Comment